|
Cinta memang indah. Orang yang pernah mengalaminya sahaja dapat merasakannya. Siapa yang tidak pernah bercinta, berkuranglah kebahagiaan dalam hidupnya di dunia ini. Cinta itu di hati dan kesannya terlalu ajaib. Ia boleh menukarkan seseorang yang sedang bercinta sekelip mata. Jika berpisah dari apa yang dicintainya ia akan menangis dan bersedih. Bila berjauhan terasa rindu. Bila dekat terasa bertambah sayang?..Ah, itulah cinta. Kalimatnya pendek tapi cara dan kesannya bak lautan yang tak bertepi. Soalnya, cinta yang bagaimana boleh bawa bahagia? Ada cinta yang bawa derita. Ada cinta sementara, ada cinta buta, ada cinta monyet dan ada cinta abadi. Manusia tidak akan dapat lari dari cintanya mesti sedia untuk dicintai atau mencintai. Oleh kerana cinta memang fitrah manusia maka Allah SWT telah mengatur cinta yang bagaimana mesti dimiliki oleh setiap manusia. Telah Allah tetapkan apa yang patut dicintai, bagaimana membelai cinta, ke mana akhirnya cinta dan siapa yang patut dicintai. Hati-hatilah meletakkan cinta kerana cinta menuntut pengorbanan. Oleh kerana itulah Rasulullah SAW pernah bersabda: ?manusia menjadi hamba kepada apa yang dicintainya.? Bila kita bercakap mengenai cinta, kita seharusnya tidak terikat hanya kepada cinta antara teruna dan dara, tetapi itulah yang berlaku kini, bila kita sebut cinta maka terbayanglah dua teruna dara yang sedang mabuk dilanda asmara. Ironinya, atas nama cinta kaum hawa membenarkan kaum adam menyentuh tangannya. Atas nama cinta juga keluar berdua-duaan menjadi perkara biasa dek runtuhan hati yang tak bias dihalangi. Dan kerana cinta, ada manusia yang sanggup tukar agama. Nauzubillahi min zalik. Orang mukmin wajib mencintai Allah, lebih daripada segala-galanya. Bertemu dan berpisah kerana Allah. Jika teruna atau dara menyapa hatinya, maka dia menjaga hubungan itu jangan sampai mengundang murka Allah, sehinggalah tiba ?hari bahagia?, maka menjadi halal apa yang selama ini diharamkan. Bukankah lebih manis menikmati sesuatu yang selama ini dijaga dengan penuh susah payah. Sebenarnya, rasa cinta sesama manusia tidak ke mana jika tidak didasari keimanan dan ketaqwaan, dan diikat dengan cinta Ilahi. Realiti yang kita baca di dada-dada akhbar, cinta tanpa iman membawa manusia kepada zina, bila hubungan itu membuahkan ?hasil?, pihak lelaki selalunya enggan bertanggungjawab. Maka berlaku pula kes pembuangan bayi, jenayah yang paling besar kerana membunuh jiwa yang tidak berdosa. Justeru, marilah kita menghayati kata-kata Dr. Abdullah Yasin dalam kitabnya Aqidah Ahl-Sunnah Wal Jamaah : ?Cinta itu adalah ibadah hati.? Tapi ia juga boleh menjadikan kita syrik kepada Allah, bila kita mencintai seseorang melebihi dari cinta Allah, lalu membelakangkan hUkum agama kerananya!
Cinta memang indah. Orang yang pernah mengalaminya sahaja dapat merasakannya. Siapa yang tidak pernah bercinta, berkuranglah kebahagiaan dalam hidupnya di dunia ini. Cinta itu di hati dan kesannya terlalu ajaib. Ia boleh menukarkan seseorang yang sedang bercinta sekelip mata. Jika berpisah dari apa yang dicintainya ia akan menangis dan bersedih. Bila berjauhan terasa rindu. Bila dekat terasa bertambah sayang?..Ah, itulah cinta. Kalimatnya pendek tapi cara dan kesannya bak lautan yang tak bertepi. Soalnya, cinta yang bagaimana boleh bawa bahagia? Ada cinta yang bawa derita. Ad more...
|
nilai malu 1. Malu boleh dijadikan pedoman atau pengukur nilai akhlak seseorang dari segi perbuatannya. Perbuatan yang dilakukan juga mencerminkan sifat sopan. Orang yang sopan tidak mahu berbuat sesuatu yang memalukan atau yang melanggar peraturan yang ditetapkan. Sebab orang yang sopan adalah orang yang malu. Malu adalah adab dan tatatertib dunia dan agama sejak dari syariat para rasul-rasul dan nabi-nabi yang terdahulu. 2. Bagi mereka yang mempunyai sifat malu, ciri-ciri yang ada dalam diri seseorang ialah : i. Tidak melakukan sebarang perbuatan secara sesuka hati atau hanya mengikut perasaan. ii. Mempunyai sifat taat, patuh dan adab yang baik. iii. Hati dan jiwa yang bersih menjadi penghalang dari melalukan perkara yang buruk dan dilarang. iv. Tidak mengambil hak atau kemudahan milik orang lain. v. Menghormati apa yang dimiliki oleh orang lain dan mensyukuri apa yang dimiliki. 2. MENDIDIK SIFAT MALU 1. Dalam usaha mendidik sifat malu dalam diri, berbagai cara boleh dilakukan. Dengan adanya sifat malu ia dapat menghindarkan seseorang daripada melakukan perlakuan atau perbuatan yang dikeji dan sebaliknya melakukan segala yang terpuji. Terdapat 2 jenis malu iaitu : i. Malu yang asli ? iaitu malu yang menjadi tabiat dan pembawaan seseorang sejak lahir. ii. Malu yang diusahakan dengan mendekatkan diri kepada Allah. 2. Kedua-dua jenis malu ini hendaklah dijadikan panduan dan pedoman untuk keselamatan dan kesejahteraan hidup khususnya dalam : i. Membentuk akhlak yang mulia. ii. Malu menjadi kekuatan dalam mencegah dan menghalang daripada melakukan perkara yang terkeji. iii. Dengan sifat malu ia dapat mendorong seseorang untuk melakukan perkara ?perkara yang baik dan terpuji sahaja. iv. Hilangnya sifat malu menyebabkan seseorang melakukan segala perbuatan yang tidak sopan dan bertentangan dengan akhlak dan susila. 3. KESEDARAN MEMPERBAIKI DIRI. Sebagai anggota perkhidmatan awam kita hendaklah menjadi manusia dan insan yang mulia. Dari semasa ke semasa kita hendaklah sentiasa memperbaiki diri dengan mengatasi kekurangan dan kelemahan diri sendiri. Malah, Rasulullah s.a.w sentiasa mengingatkan umatnya agar menjaga perilaku dan budi pekerti dengan sabdanya yang bermaksud, ?Perbaikilah budi pekertimu sekalian? Dalam hal ini, As Syahid Imam Al Ghazali menyebut semua budi pekerti yang indah boleh diperoleh dengan cara latihan diri iaitu : i. dengan cara memaksa diri berbuat semua perbuatan baik sehingga lama kelamaan ia menjadi tabiat. ii. berazam dan melatih diri kita untuk melakukan hanya dengan menunjukkan satu kebaikan pada setiap hari dan ia dilakukan berterusan. iii. memastikan suatu kebaikan yang dilakukan pada hari ini adalah lebih baik daripada apa yang dilakukan semalam. 4. SIFAT PENYANTUN Antara budi pekerti baik yang diutamakan ialah sifat penyantun. Sifat penyantun bermakna tanda-tanda kesempurnaan akal fikiran dan penguasaannya terhadap segala detikan nafsu yang mendorong seseorang itu melakukan perbuatan atau tingkah laku buruk yang rendah akhlaknya. Antara contoh sifat penyantun ialah: ? menghormati orang lain; ? amanah; ? rasa malu jika melakukan kesalahan; serta ? wujud kekesalan dalam diri jika melanggar peraturan. Budi pekerti yang baik yang ditunjukkan biasanya akan sentiasa dikenang orang. Menurut Imam Al Ghazali, budi pekerti dan sikap baik yang ditunjukkan oleh seseorang menggambarkan jiwanya yang sihat. Sebaliknya budi pekerti yang buruk pula menandakan jiwanya yang sakit. Oleh yang demikian menjadi tanggung jawab kepada kita: ? memelihara jiwa dengan mendidik akhlak yang baik; ? mengisi jiwa dengan berbagai ilmu pengetahuan; ? mengubah sikap dan perlakuan diri yang dibenci orang; ? melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan; dan ? melakukan sesuatu melalui jiwa dan hati yang bersih yakni ikhlas. Mudah-mudahan kita menjadi pekerja dan manusia yang berguna. Dipetik dari RKJ JPA
nilai malu 1. Malu boleh dijadikan pedoman atau pengukur nilai akhlak seseorang dari segi perbuatannya. Perbuatan yang dilakukan juga mencerminkan sifat sopan. Orang yang sopan tidak mahu berbuat sesuatu yang memalukan atau yang melanggar peraturan yang ditetapkan. Sebab orang yang sopan adalah orang yang malu. Malu adalah adab dan tatatertib dunia dan agama sejak dari syariat para rasul-rasul dan nabi-nabi yang terdahulu. 2. Bagi mereka yang mempunyai sifat malu, ciri-ciri yang ada dalam diri seseorang ialah : i. Tidak melakukan sebarang perbuatan secara sesuka hati atau more...
|
Just to share... kiter ada baca ttg ni dlm mcm2 artikel, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni.......betulker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu? Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer)..... kalau kiter tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....kiter pun jujur pernah ader pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu...aderla dalam 3-4 kali jugak...masa tu kiter sedar...boleh bukak mata separuh.....kiter tau kiter sedar...tapi takleh gerak...kadang2 geram, sbb takleh gerak.....pastu 5 minit baru leh gerak....kiter dulu pun takut...mmg ingat kena hempap dah...lps boleh gerak tu seram sejuk jer... tapi, setelah kiter bukak buku dan baca pasal tubuh badan manusia.....barula kiter tau kebenaran dia.... ni kiter nak citer dan kongsi sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis' Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'...adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara)..... temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis) ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.....waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kiter kira macam switch off kejap....REM atonia (tader muscle tone)...... ok, otak kiter pun ader switch off button....dipanggil reticular activating system (RAS)......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni...so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on....kirenyer screensaver laaa or hibernate... so,, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake state....tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter.... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika...before otak activate balik....mmg menakutkan tapi benar.... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc.... dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..) sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis: 1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama 2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock) 3. sleep/rest deprivation 4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2 5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 6. orang yang ader penyakit narcolepsy
Just to share... kiter ada baca ttg ni dlm mcm2 artikel, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni.......betulker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu? Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer)..... kalau kiter tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....kiter pun jujur pernah ader pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu...aderla dalam 3-4 kali jugak...masa tu kiter sedar.. more...
|
Dr Fadzilah Kamsah Kenal peribadi melalui Graphology (Kajian) Grapho ertinya tulisan Logy ertinya bidang ilmu Pertama : Tekanan i. Tekanan yang kuat Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas. ? Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif ii. Tekanan yang ringan Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas. ? Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit Kedua : Bentuk Tulisan i. Tulisan yang bulat-bulat Semua huruf ditulis dengan bulat ? Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif) ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper Tulisan yang angular dan sharp ? Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical) Ketiga : Kecondongan i. Condong ke kanan ? Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah ii. Condong ke kiri ? Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang iii. Tegak ? Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah iv. Campur-campur ? Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf) Keempat : Kerapatan i. Jarang-jarang ? Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros. ii. Rapat-rapat ? Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z i. Ada ekor a) Besar, panjang dan sempurna ? Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan b) Kecil, pendek dan tak sempurna ? Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri Keenam : Pada palang huruf kecil T (t) i. Tinggi ? Tahap aspirasi tinggi ii. Rendah ? Mudah berpuas hati, cita-cita rendah iii. Tengah-tengah ? Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana Rumusan : - Tulisan mencerminkan peribadi... Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup...
Dr Fadzilah Kamsah Kenal peribadi melalui Graphology (Kajian) Grapho ertinya tulisan Logy ertinya bidang ilmu Pertama : Tekanan i. Tekanan yang kuat Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas. ? Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif ii. Tekanan yang ringan Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas. ? Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit Kedua : Bentuk Tulisan i. Tulisan yang bulat-bulat Semua huruf ditulis dengan bulat ? Em more...
|
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan. Bai itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa. "Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya. "Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami." Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak. Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur. Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah. Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku terbitan syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bu more...
|
Dikisahkan bahwa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T." Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalau memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik saja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina. Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya. Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahwa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabial suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahwa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri." Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu." Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah S.W.T. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah S.W.T." Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat."
Dikisahkan bahwa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T." Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalau memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik saja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah kehidupan oran more...
|
Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk...... Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :- 1. bertaubat 2. menyesali dosa yang dilakukan 3. tidak tergila-gilakan dunia 4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya') 5. tinggalkan sifat berbangga 6. tinggalkan sifat khianat dan menipu 7. meninggalkan sifat dengki Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk...... Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hat more...
|
Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya". Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut: 1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54) 2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45) 3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia. 4. Kurang mengagungkan Allah Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa. 5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126) sekian..wallahualam..
Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya". Hati yang keras mempunyai tand more...
|
Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat." " Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut. Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain," Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi. " Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya." " Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut. " Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi. " Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya." Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..
Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat." " Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pad more...
|
Diriwayatkan bahawa Kaisar Rom menulis surat kepada Ma'awiyah bin Abi Sufyan yang dibawa oleh seorang utusan. Isi surat tersebut: "Beritahukan kepada saya tentang suatu yang tidak ada kiblatnya (pengimaman), tentang yang tidak punya ayah, tidak punya keluarga (ibu-bapa) dan orang yang dibawa-bawa oleh kuburannya. Juga tentang tiga makhluk yang tidak dicipta dalam rahim, tentang sesuatu, setengahnya dan yang tidak terbilang. Kirimlah kepadaku dalam botol suatu bibit (sumber dari segala sesuatu)". Ma'awiyah r.a. kemudian mengirimkan surat dan botol tersebut kepada Abdullah Ibnu Abbas r.a., pakar dan tokoh ulama fikah agar menjawab surat itu. Ibnu Abbas r.a. menjawab seperti berikut: "Yang tidak punya kiblat (pengimaman) adalah Ka'bah. Yang tidak punya Ayah adalah Isa a.s. Yang tidak punya keluarga (ibu-bapa) ialah Adam a.s. Yang dibawa-bawa oleh kuburannya ialah Yunus a.s. yang ditelan oleh ikan hiu. Adapaun tiga makhluk yang tidak dicipta dalam rahim ialah domba Nabi Ibrahim a.s., unta betina Nabi Saleh as., dan ular Nabi Musa a.s. Adapun 'sesuatu' itu ialah orang berakal yang menggunakan akalnya. Setengah (separuh) dari sesuatu ialah orang yang tidak berakal tetapi mengikuti pendapat orang-orang yang berakal. Adapun yang tidak terbilang (apa-apa) ialah orang yang tidak berakal dan tidak mahu mengikuti fikiran orang-orang yang berakal. Kemudian, beliau mengisi botol sehingga penuh dengan air dan berkata, "Air adalah bibit (sumber) dari segala sesuatu." Jawapan surat Ma'awiyah dikirimkan kepada Kaisar yang menanggapinya dengan penuh kekaguman.
Diriwayatkan bahawa Kaisar Rom menulis surat kepada Ma'awiyah bin Abi Sufyan yang dibawa oleh seorang utusan. Isi surat tersebut: "Beritahukan kepada saya tentang suatu yang tidak ada kiblatnya (pengimaman), tentang yang tidak punya ayah, tidak punya keluarga (ibu-bapa) dan orang yang dibawa-bawa oleh kuburannya. Juga tentang tiga makhluk yang tidak dicipta dalam rahim, tentang sesuatu, setengahnya dan yang tidak terbilang. Kirimlah kepadaku dalam botol suatu bibit (sumber dari segala sesuatu)". Ma'awiyah r.a. kemudian mengirimkan surat dan botol tersebut kepada Abdullah Ibnu Abbas r. more...
|
1.Jika ia datang kepadamu dan berkata ?anakmu mati? , katakan padanya , ?Sesungguhnya setiap mahkluk yang hidup di ciptakan untuk mati dan peninggalan dariku (anakku) akan masuk syurga. 2.Jika ia datang kepadamu dan berkata ?Hartamu musnah? , katakan padanya , ?Segala puji bagi Allah zat yang maha memberi dan mengambil lantas mengugurkan atasku kewajipan zakat? 3.Jika ia datang kepadamu dan berkata ?orang ?orang menzalimimu sedangkan kamu tidak menzalimi seseorg pun? maka katakan padanya ?Siksaan akan menimpa orang-orang yang berbuat zalim dan tidak menimpa orang-orang yang berbuat kebajikan? 4.Jika ia datang dan berkata ?Betapa banyak kebaikanmu? Tujuannya untuk menjerumuskan kamu agar bangga diri(ujub) ,maka kata kan padanya ?Kejelekkanku jauh lebih banyak daripada kebaikanku? 5.Jika ia datang kepadamu dan berkata ?Alangkah banyaknya solatmu? ,maka kata kan kepadanya ?kelalaian ku lebih banyak dari solatku? 6.Jika ia datang dan berkata ? Betapa banyak kau bersedekah kpd org miskin ? maka kata kan padanya ?Apa yang saya terima jauh lebih baik dari apa yang saya sedekah?. 7.Jika ia berkat padamu ?Betapa banyak org menzalimimu? maka kata kan kepadanya ?Orang yang ku zalimi lebih banyak?. 8.Jika ia berkata padamu ?Betapa banyak amalanmu ? maka kata kan padanya ?Betapa senangnya aku bermaksiat? 9.Jika datang kepadamu dan berkata ?minumlah minuman keras? maka kata kan kepadanya ?Saya tidak akan mengerjakan maksiat? 10.Jika ia datang kepadamu dan berkata ?Mengapa kamu tidak mencintai dunia?? Maka kata kan padanya ?Aku tidak mencintainya dan telah banyak orang lain yang tertipu olehnya?
1.Jika ia datang kepadamu dan berkata ?anakmu mati? , katakan padanya , ?Sesungguhnya setiap mahkluk yang hidup di ciptakan untuk mati dan peninggalan dariku (anakku) akan masuk syurga. 2.Jika ia datang kepadamu dan berkata ?Hartamu musnah? , katakan padanya , ?Segala puji bagi Allah zat yang maha memberi dan mengambil lantas mengugurkan atasku kewajipan zakat? 3.Jika ia datang kepadamu dan berkata ?orang ?orang menzalimimu sedangkan kamu tidak menzalimi seseorg pun? maka katakan padanya ?Siksaan akan menimpa orang-orang yang berbuat zalim dan tidak menimpa orang-or more...
|
Bila datang bisikan syaitan?? 1.Jika ia datang kepadamu dan berkata ?anakmu mati? , katakan padanya , ?Sesungguhnya setiap mahkluk yang hidup di ciptakan untuk mati dan peninggalan dariku (anakku) akan masuk syurga. 2.Jika ia datang kepadamu dan berkata ?Hartamu musnah? , katakan padanya , ?Segala puji bagi Allah zat yang maha memberi dan mengambil lantas mengugurkan atasku kewajipan zakat? 3.Jika ia datang kepadamu dan berkata ?orang ?orang menzalimimu sedangkan kamu tidak menzalimi seseorg pun? maka katakan padanya ?Siksaan akan menimpa orang-orang yang berbuat zalim dan tidak menimpa orang-orang yang berbuat kebajikan? 4.Jika ia datang dan berkata ?Betapa banyak kebaikanmu? Tujuannya untuk menjerumuskan kamu agar bangga diri(ujub) ,maka kata kan padanya ?Kejelekkanku jauh lebih banyak daripada kebaikanku? 5.Jika ia datang kepadamu dan berkata ?Alangkah banyaknya solatmu? ,maka kata kan kepadanya ?kelalaian ku lebih banyak dari solatku? 6.Jika ia datang dan berkata ? Betapa banyak kau bersedekah kpd org miskin ? maka kata kan padanya ?Apa yang saya terima jauh lebih baik dari apa yang saya sedekah?. 7.Jika ia berkat padamu ?Betapa banyak org menzalimimu? maka kata kan kepadanya ?Orang yang ku zalimi lebih banyak?. 8.Jika ia berkata padamu ?Betapa banyak amalanmu ? maka kata kan padanya ?Betapa senangnya aku bermaksiat? 9.Jika datang kepadamu dan berkata ?minumlah minuman keras? maka kata kan kepadanya ?Saya tidak akan mengerjakan maksiat? 10.Jika ia datang kepadamu dan berkata ?Mengapa kamu tidak mencintai dunia?? Maka kata kan padanya ?Aku tidak mencintainya dan telah banyak orang lain yang tertipu olehnya?
Bila datang bisikan syaitan?? 1.Jika ia datang kepadamu dan berkata ?anakmu mati? , katakan padanya , ?Sesungguhnya setiap mahkluk yang hidup di ciptakan untuk mati dan peninggalan dariku (anakku) akan masuk syurga. 2.Jika ia datang kepadamu dan berkata ?Hartamu musnah? , katakan padanya , ?Segala puji bagi Allah zat yang maha memberi dan mengambil lantas mengugurkan atasku kewajipan zakat? 3.Jika ia datang kepadamu dan berkata ?orang ?orang menzalimimu sedangkan kamu tidak menzalimi seseorg pun? maka katakan padanya ?Siksaan akan menimpa orang-orang y more...
|
"Artikel dari Mr. Cressy Morisson, bekas Presiden 'New York Academy Of Sciences' yang pertama kali terbit di dalam Reader's Digest Januari, 1948 ;kemudian dengan sokongan Professor C. A. Couldson, F. R.S. Profesor Matematik di Universiti Oxford ianya telah diterbit semula di dalam Reader's Digest November 1960. Rencana ini membuktikan para saintis mengakui betapa perlunya kehadiran tuhan yang maha Pencipta. Kita masih lagi berada dalam keheningan subuh zaman saintifik dan setiap peningkatan sinar mentari membawa petunjuk akan keagungan maha pencipta.Setelah 90 tahun sejak Darwin membuat penemuan dengan semangat sains kemanusian dan dengan kepercayaan kepada pengetahuan yang semakin hampir kita dekati menyebabkan kita semakin bertambah yakin dengan adanya Tuhan. Untuk diri saya, saya telah menghitung 7 alasan untuk menyimpulkan kepercayaan saya ini. Pertama, dengan menggunakan hukum matematik kebarangkalian, kita boleh membuktikan bahawa alam ini telah direkabentuk dan dicipta dengan kejuruteraan yang maha bijaksana. Jika anda ambil 10 keping wang syiling dan tandakan dari 1 hingga 10, kemudian masukkan ke dalam poket anda dan gaulkan syiling2 tersebut. Sekarang anda cuba anda mengambilnya secara teratur dari no. 1 hingga 10 dan masukkan kembali syiling2 tersebut dan gaulkan mereka kembali, Secara matematik, kita tahu bahawa kebarangkalian anda untuk mendapatkan syiling bernombor 1 adalah 1 dalam 10, peluang untuk mendapatkan no. 1 dan no. 2 secara berturutan adalah 1 dalam 100 dan peluang untuk mendapatkan 1, 2 dan 3 secara berturutan secara berterusan adala 1 dalam 1000 dan begitulah seterusnya. Peluang anda untuk mendapatkan no. 1,2,3,4,5,6,7,8,9 dan 10 secara berterusan adalah 1dalam 10 juta kali. Mengikut kaedah yang sama, terlalu banyak keadaan yang ideal dan optima yang diperlukan di dalam kehidupan di atas bumi ini dan ianya pasti tidak akan wujud jika ianya terjadi dengan sendirinya, Bumi berpusing pada paksinya pada kelajuan 1,000 batu sejam. Jika ianya berpusing pada kelajuan 100 batu sejam, hari2 dan malam2 bumi akan menjadi 10 kali lebih lama dari sekarang,dan kepanasan matahari akan membakar seluruh tumbuhan pada waktu siang dan pada waktu malam pula, kehidupan yang ada ini akan membeku. Matahari, sumber kehidupan ini, mempunyai suhu permukaan sebanyak 12,000 darjah Fahrenheit dan dunia ini mempunyai jarak yang optima jika dibandingkan dengan matahari supaya pancaran matahari sekadar cukup untuk memanaskan dan tidak terlalu berlebihan. Jika matahari memancar cahaya dengan kadar sebanyak 50% kurang dari yang ada sekarang, kita akan kebekuan dan jika ianya memancarkan 50% lebih pancaran, kita akan terbakar. Kecondongan bumi sebanyak 23 darjah memberikan bumi 4 musim, jika bumi tidak condong sebanyak itu, wap dari lautan akan bergerak menuju utara dan selatan dan akan menyebabkan benua2 akan menjadi benua air batu. Jika bulan yang kita ada sekarang cuma berjarak sejauh 50,000 batu dari bumi dari jarak sebenarnya sekarang, air pasang surut dari lautan akan menjadi terlalu besar di mana dalam 2 kali sehari, seluruh benua di bumi akan ditenggelami air dan gunung ganang pun akan terhakis sama sekali. Jika lapisan teras bumi menjadi 10 kaki lebih tebal dari yang ada sekarang, ianya akan menyebabkan tiada lagi oksigen yang akan wujud di mana semua kehidupan akan mati. Jika lautan menjadi beberapa kaki lebih dalam dari yang ada sekarang, karbon dioksida dan oksigen akan terlarut semuanya di dalam lautan dan akan menyebabkan tiada tumbuhan lagi akan wujud. Atau jika atmosfera kita menjadi semakin tipis, sebahagian dari meteor akan terbakar di angkasa dan di bumi sebanyak berjuta2 kali dalam sehari dan akan mengenai bumi dan menyebabkan kebakaran di mana-mana jua. Disebabkan alasan-alasan di atas, tidak ada kemungkinan satu dalam berjuta-juta pun bahawa kehidupan di atas planet bumi ini terjadi secara kebetulan. Kedua: Keadaan kehidupan itu sendiri untuk menyempurnakan tujuan kehidupan itu sendiri adalah menesfitasi akan kewujudan yang maha bijaksana. Kehidupan itu sendiri, tiada manusia yang benar2 mengerti tentang pengertiannya. Ianya tidak mempunyai berat atau dimensi, tetapi ianya mempunyai kekuatan dan daya: akar yang hidup akan memecahkan batu. Kehidupan telah menguasai air, daratan dan udara, telah menguasai elemen dan telah membentuk dan melarutkan elemen dan membuat perubahan kepada kombinasi mereka. Kehidupan, pencipta yang telah membentuk semua kehidupan yang ada,artis yang merekabentuk setiap daunan untuk setiap pohonan dan mewarnakan setiap bunga yang ada. Kehidupan adalah ibarat pemuzik dan membuat setiap burung mempunyai lagu2 cinta mereka sendiri, serangga akan memanggil sesama mereka dalam nada beraneka mereka sendiri. Kehidupan adalah ahli kimia yang agung, memberi rasa kepada setiap buah-buahan dan rempah ratus, dan memberi bauan kepada mawar dan bunga-bungaan lainnya, merubah air dan asid karbonik menjadi gula dan kayu dan dengan membuat demikian,menghasilkan oksigen agar setiap haiwan dapat hidup benafas. Awas, setiap tumpahan protoplasma yang hampir tidak kelihatan, lutsinar dan berbentuk seperti agar2 mampu bergerak dan mandapatkan tenaga dari cahaya matahari. Kehidupan satu sel ini menyimpan mikro-organisma kehidupan itu sendiri dan mempunyai tenaga untuk mengagih-agihkan kehidupan kepada setiap benda bernyawa amat berkuasa tetapi telalu kecil. Kuasa pada setiap tumpahannya adalah lebih besar dari tumbuhan, haiwan dan manusia itu sendiri, kerana setiap kehidupan adalah bermula darinya. Alam semula jadi tidak dapat mencipta kehidupan: batu-batuan yang panas dan kemasinan laut tidak dapat memenuhikeperluan kehidupan. Tetapi,siapakah yang telah mengwujudkan kehidupan itu sendiri? Ketiga: Kebijaksanaan haiwan itu sendiri telah menyuarakan akan keagungan maha pencipta yang mamasukkan naluri kedalam haiwan. Ikan Salmon menghabiskan beberapa tahun usianya di dalam lautan, akhirnya akan kembali kepada asal usul sungainya: akan berenang untuk kembali kepada sungai dan habitat di mana ia telah dilahirkan. Apakah yang menyebabkan mereka kembali ke tempat asal mereka dengan begitu tepat sekali? Jika anda mengubah ikan tersebut kepada habitat lain, ikan ini akan mengetahui bahawa dia telah tersalah haluan dan akan berusaha sekali lagi untuk berenang menentang harus untuk menghabiskan destinasinya dengan lebih tepat lagi. Adalah lebih sukar lagi untuk menyelesaikan misteri kehidupan belut. akhluk ajaib ini berhijrah apabila mencapai umur matang dari setiap kolam dan sungai di mana-mana merata dunia - dari Eropah akan menyeberangi beribu-ribu batu lautan - semuanya akan berkumpul pada lubuk yang dalam berdekatan laut Bermuda. Di sana mereka akan mengawan dan mati. Anak2 belut tanpa pengetahuan yang kita tahu kecuali hidup liar dalam lautan, walau bagaimanapun akan mengetahui jalan pulang mereka bukan sahaja persisiran pantai di mana ibu bapa mereka berasal ahkan sampai kepada setiap sungai atau kolam kecil di mana mereka berasal - menyebabkan setiap bahagian air akan sentiasa didiami oleh belut. Tiada belut Amerika yang ditangkap di Eropah dan begitu juga sebaliknya. Alam semulajadi juga telah melengahkan kematangan belut Eropah selama setahun atau lebih untuk enghabiskan jarak perjalanannya yang lebih panjang. Dari manakah asalnya deria pengemudian mereka ini? Keempat: manusia mempunyai lebih lagi dari naluri kehaiwanan - keupayaan untuk berlogika. Tiada haiwan yang berkebolehan untuk mengira dari 1 hingga 10 atau untuk memahami pengertian nombor-nombor itu. Di mana naluri ini adalah seumpama nota tunggal kepada seruling, indah tetapi terhad, otak manusia mempunyai kesemua nota-nota untuk semua peralatan dalam sebuah orkestra. Tidak perlu untuk menerangkan lebih lanjut tentang alasan yang keempat ini, terima kasih kepada manusia, logika ini menyebabkan manusia seperti manusia yang ada sekarang yang menerima secebis atau sedikit cetusan dari kebijaksanaan universal yang maha bijaksana. Kelima: Kewujudan semua benda bernyawa adalah hasil dari fenomena yang diketahui pada masa ini dan tidak pada masa Darwin - keajaiban gen. Terlalu penting bagi gen yang bertanggungjawab terhadap semua manusia hidup di dalam dunia ini jika dikumpulkan di dalam suatu tempat,ruangan yang akan diambil oleh mereka tidak akan lebih dari ruangan yang diambil oleh satu jari manusia. Namun begitu, mikroskopik gen ini dan yang sebangsa dengannya kromosom, tinggal di dalam setiap sel hidup dan merupakan kunci kepada semua ciri-ciri manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Satu ruangan jari manusia adalah ruangan yang kecil untuk memenuhi kesemua ciri-ciri manusia seramai dua billion orang. Walau bagaimanapun, fakta ini tidak boleh dipersoalkan lagi. Lantas bagaimanakah gen ini mengunci ciri-ciri warisan manusia dari berbagai peringkat generasi manusia dan mengekalkan psikologi setiap individu di dalam suatu ruangan yang agak kecil?. Di sini evolusi benar-benar bermula dari satu sel yang entitinya mewarisi dan membawa gen-gen. Bagaimana beberapa juta atom, terkunci sebagai mkiroskopik lampau, boleh menguasai dunia dan ianya merupakan contoh ciri-ciri yang berasal dari Kebijaksanaan Maha Agung - hipotesis dari mana lagikah yang mampu membuat ciptaan yang sedemikian rupa? Keenam: Melalui ciri-ciri ekonomikal, kita terpaksa mengakui bahawa hanya dengan kebijaksanaan yang tidak terbatas telah melihat dan menyediakan satu sistem pengurusan sumber yang maha bijaksana. Beberapa tahun lampau satu spesis kaktus telah ditanam di Australia sebagai pagar-pagar penghalang. Oleh kerana tidak mempunyai serangga pemusuh di Australia, pokok-pokok kaktus ini kemudiannya membiak dengan kadar yang amat tinggi sehinggakan tumbuhan ini telah memenuhi kawasan sepanjang dan sebesar England, menghalau inhabitan ke Bandar-bandar dan perkampungan, dan memusnahkan ladang-ladang. Sebagai usaha perlindungan, pakar tumbuhan dan serangga telah menjumpai sejenis serangga yang hanya semata-mata memakan pokok kaktus ini.Ianya membiak secara bebas dan tidak mempunya musuh di Australia. Serangga ini kemudiannya menguasai tumbuhan ini dan bahaya kemaraan pohonan kaktus telah berjaya dikawal hanya dengan menggunakan serangga mampu untuk mengawal pohonan kaktus untuk selamanya. Ciri-ciri kawal dan periksa (check and balance) telah lama wujud pada alam maya ini. Mengapakah tidak ada serangga yang pantas memakan menguasai dunia ini? Ini adalah kerana meraka tidak memempunyai paru-paru seperti yang ada pada manusia, mereka bernafas melalui tiub-tiub pernafasan. Bila serangga bertambah besar, tiub-tiub pernafasan mereka tidak membesar dengan nisbah pembesaran tumbuh mereka. Oleh kerana itu, tidak pernah ada serangga yang mempunyai tubuh yang besar dimana had-had pembesaran ini telah mengekang mereka semuanya di dalam kawalan. Jika ciri-ciri pengawalan ini tidak tersedia, manusia tidak akan wujud, bayangkan kita bertemu dengan serangga yang sebesar singa! Ketujuh: Kenyataan manusia menerima konsep kepercayaan kepada tuhan itu sendiri adalah bukti yang paling unik. Konsep ketuhanan terhasil dari tahap-tahap manusia itu sendiri, tahap yang dipanggil sebagai pemikiran. Dengan kekuatan daya ini, manusia dan hanya manusia mampu untuk mencari bukti perkara-perkara yang ghaib. Kekuatan ini telah mengungkap segala rahsia: sesungguhnya manusia adalah sesempurna penciptaannya maka pemikiran telah menjadi kenyataan kerohaniaan. Pemikiran mampu mengesan bukti-bukti penciptaan dan tujuan penciptaan yang hakiki dan tuhan adalah segala-galanya dan tuhan tidak pernah lebih dekat melainkan dengan jiwa manusia itu sendiri. Perkara ini adalah benar dari segi saintifiknya dan juga dari segi pemikiran yang mengungkap keagungan tuhan dan ciptaannya."
"Artikel dari Mr. Cressy Morisson, bekas Presiden 'New York Academy Of Sciences' yang pertama kali terbit di dalam Reader's Digest Januari, 1948 ;kemudian dengan sokongan Professor C. A. Couldson, F. R.S. Profesor Matematik di Universiti Oxford ianya telah diterbit semula di dalam Reader's Digest November 1960. Rencana ini membuktikan para saintis mengakui betapa perlunya kehadiran tuhan yang maha Pencipta. Kita masih lagi berada dalam keheningan subuh zaman saintifik dan setiap peningkatan sinar mentari membawa petunjuk akan keagungan maha pencipta.Setelah 90 tahun sejak Darwin membu more...
|
KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya. Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati sihamba itu.
KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan more...
|
Mereka yang tidak menyukainya menyebutnya tanggung jawab, Mereka yang bermain dengannya, menyebutnya sebuah permainan, Mereka yang tidak memilikinya, menyebutnya sebuah impian, Mereka yang mencintai, menyebutnya takdir. Kadang Tuhan yang mengetahui yang terbaik, akan memberi kesusahan untuk menguji kita. Kadang Ia pun melukai hati, supaya hikmat-Nya bisa tertanam dalam. Jika kita kehilangan cinta, maka pasti ada alasan di baliknya. Alasan yang kadang sulit untuk dimengerti, namun kita tetap harus percaya bahwa ketika Ia mengambil sesuatu, Ia telah siap memberi yang lebih baik. Mengapa menunggu? Karena walaupun kita ingin mengambil keputusan, kita tidak ingin tergesa-gesa. Karena walaupun kita ingin cepat-cepat, kita tidak ingin sembrono. Karena walaupun kita ingin segera menemukan orang yang kita cintai, kita tidak ingin kehilangan jati diri kita dalam proses pencarian itu. Jika ingin berlari, belajarlah berjalan duhulu, Jika ingin berenang, belajarlah mengapung dahulu, Jika ingin dicintai, belajarlah mencintai dahulu. Pada akhirnya, lebih baik menunggu orang yang kita inginkan, ketimbang memilih apa yang ada. Tetap lebih baik menunggu orang yang kita cintai, ketimbang memuaskan diri dengan apa yang ada. Tetap lebih baik menunggu orang yang tepat, Karena hidup ini terlampau singkat untuk dilewatkan bersama pilihan yang salah, karena menunggu mempunyai tujuan yang mulia dan misterius. Perlu kau ketahui bahwa Bunga tidak mekar dalam waktu semalam, Kota Roma tidak dibangun dalam sehari, Kehidupan dirajut dalam rahim selama sembilan bulan, Cinta yang agung terus bertumbuh selama kehidupan. Kebanyakan hal yang indah dalam hidup memerlukan waktu yang lama, Dan penantian kita tidaklah sia-sia. Walaupun menunggu membutuhkan banyak hal - iman, keberanian, dan pengharapan - penantian menjanjikan satu hal yang tidak dapat seorangpun bayangkan. Pada akhirnya. Tuhan dalam segala hikmat-Nya, meminta kita menunggu, karena alasan yang penting.
Mereka yang tidak menyukainya menyebutnya tanggung jawab, Mereka yang bermain dengannya, menyebutnya sebuah permainan, Mereka yang tidak memilikinya, menyebutnya sebuah impian, Mereka yang mencintai, menyebutnya takdir. Kadang Tuhan yang mengetahui yang terbaik, akan memberi kesusahan untuk menguji kita. Kadang Ia pun melukai hati, supaya hikmat-Nya bisa tertanam dalam. Jika kita kehilangan cinta, maka pasti ada alasan di baliknya. Alasan yang kadang sulit untuk dimengerti, namun kita tetap harus percaya bahwa ketika Ia mengambil sesuatu, Ia telah siap memberi yan more...
|
Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan disebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan..."Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan. Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan. Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda?? Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Diperingkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan. Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat. Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.
Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan disebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan..."Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan. Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membes more...
|
Kisah Pertama Azam (bukan nama sebenar), seorang anak lelaki tunggal, dijodohkan atas pilihan ibubapa. Azam sebelum ini memang seorang lelaki yang tidak pandai menjalinkan hubungan istimewa dengan wanita (makna kata bukan seorang pemikat wanita). Setelah meminta petunjuk dari Allah swt. dengan bersolat hajat maka Azam bersetuju dengan pilihan orangtuanya. Setelah berkahwin, Azam dan isterinya yang tidak bekerja tinggal berjauhan dari ibubapa. Bapa Azam adalah bekas kakitangan kerajaan dan berpencen. Boleh dikatakan cukup untuk menampung kehidupan dihari tua. Kedua-duanya sudah pun mengerjakan haji, mempunyai rumah sewa dan secebis tanah bendang yang disewakan. Semasa hidup berumahtangga Azam yang bekerja di syarikat swasta tidak pernah mengharapkan bantuan orangtua. Hidup dengan usaha sendiri dan dengan kadar kemampuannya. Azam adalah seorang yang bertanggungjawab menyara kehidupan berkeluarga, segala keperluan seharian tidak diabaikan. Azam terpaksa menanggung bayaran ansuran rumah dan pelbagai perbelanjaan lainnya sehinggakan pemberian wang saku kepada isteri turut terhad. Mujurlah isteri yang dijodohkan itu memahami dan sanggup untuk susah senang bersama-sama. Tetapi malangnya, Azam mempunyai dua orang saudara kandung yang merasa kurang senang dengan kedudukan Azam sebagai anak lelaki tunggal yang kononnya akan merebut segala harta orangtua mereka, ini juga adalah hasil hasutan suami masing-masing yang selama ini mngharapkan bantuan kewangan bapa Azam. Pendek kata mereka ini iri hati dengan hubungan baik Azam suami isteri dengan ibubapa mereka. jadi mereka mereka-reka cerita dengan mengatakan mereka mendapat tahu yang Azam menyara keluarga isterinya (mertua dan adik iparnya yang bersekolah). Padahal dakwaan tersebut tidak benar sama sekali. Disebabkan cerita tersebut, hubungan Azam dan ibubapanya menjadi hambar. Ibubapanya pula lebih mendengar tohmahan tersebut tanpa bertanyakan kisah yang sebenarnya daripada Azam sendiri yang sememangnya tidak suka mendedahkan masalahnya kepada ibubapanya. Bagi Azam biarlah ditanggung sendiri, harapannya agar ibubapanya dapat hidup dengan tenang dihari tua tanpa dibebankan dengan masalah anak-anak. Sebaliknya kakak-kakak Azam ini sering mengharapkan bantuan ibubapa yang dengan mudah menghulurkan wang ringgit kerana dari kecil mereka sudah biasa dengan kesenangan. Walaupun tidak dapat memberi wang belanja kepada ibubapanya, kerana Azam terpaksa menanggung bayaran ansuran rumah dan pelbagai perbelanjaan lainnya, namun Azam tidak lupa berhubung melalui telefon dan pulang sekali-sekala untuk menziarahi ibubapanya yang semakin uzur. Oleh kerana Azam tinggal berjauhan, maka ibubapanya terpaksa dijaga oleh kakaknya yang sememangnya menanti-nantikan saat itu. Ini adalah kerana dengan kehadiran ibubapa yang uzur itu, perbelanjaan sekolah anak pun adalah dengan bantuan orangtua, begitu juga dengan perbelanjaan dapur. Di sini mestilah kita ingat terutamanya anak-anak perempuan, walaupun terpaksa menjaga orangtua yang uzur dan mereka menghulurkan wang ringgit, janganlah mengambil kesempatan dengan meminta-minta. Sebanyak mana sangatkah ibubapa yang uzur itu berselera makan. Biarlah suami yang menjalankan peranan sebagai pemberi nafkah. Berbalik kepada cerita Azam, anak-anak kakak Azam pula dididik untuk pandai memujuk dan meminta dari datuk mereka sekiranya inginkan sesuatu. Untuk peringatan, ketika itu hubungan Azam dan ibubapanya hambar kerana tohmahan kakak sendiri. Jadilah Azam anak yang tidak ingatkan ibubapa... kononnya. Kisah Kedua Badri (bukan nama sebenar), seorang anak lelaki tunggal, bertemu jodoh yang dicari sendiri. Badri berhajat untuk beristerikan wanita bekerja. Hajatnya tercapai. Setelah berkahwin, Badri yang berkhidmat dengan kerajaan dan isterinya juga berkhidmat dengan kerajaan, tinggal berjauhan dari ibubapa. Bapa Badri tidak berpencen, tidak berharta selain rumah yang diduduki bersama anak perempuan yang tidak bekerja dan sudah berumahtangga. Hidup sehari-hari sepenuhnya ditanggung oleh menantu kerana bapa Badri tidak berupaya bekerja lagi disebabkan keuzuran. Setelah berumahtangga, Badri nampaknya menyerahkan segala-gala urusan perbelanjaan ditangan isterinya. Gaji sendiri pun diserahkan kepada isteri, alasannya isterinya pandai menguruskan perbelanjaan. Badri dan isterinya kedua-duanya membuat pembelian rumah. Mereka tinggal dirumah yang disediakan oleh kerajaan. Kereta yang dulunya hanyalah kereta terpakai ditukar kepada kereta baru, digunakan oleh isteri untuk pergi-balik kerja, sedangkan Badri hanya menggunakan motosikalnya. Didalam hal ini, ibubapa Badri langsung tidak masuk campur urusan rumahtangga mereka. Tidak pernah meminta-minta wang perbelanjaan, cuma berdoa agar anak mereka hidup bahagia. Sedikit harapan agar Badri dapat menghulurkan bantuan wang seperti perbelanjaan membeli buku untuk seorang adik Badri yang masih bersekolah. Adik-adik perempuan Badri yang lain sudah berumahtangga dan ada yang sedikit-sebanyak menghulurkan wang walaupun tidak banyak kepada orangtua mereka. Bagi Badri pula hanya menyerahkan bulat-bulat kepada isterinya sekiranya hendak memberikan sedikit wang kepada orangtua sendiri, itu pun jarang-jarang sekali dibuat. Isteri Badri pula membawa adik perempuannya untuk tinggal bersama mereka dan menyekolahkannya. Alasannya untuk membalas jasa ibubapanya yang telah membesarkannya sedangkan bapanya masih sihat, tegap dan masih mampu mencari nafkah dengan berniaga. Isteri Badri ini, semenjak diawal perkahwinannya lagi, sekiranya bertandang ke rumah orangtua Badri, sikapnya dingin dengan adik-adik Badri walaupun mereka sedia menyambut kehadirannya. Badri pula sering mengikut isterinya pulang ke rumah mertuanya, jarang-jarang sekali menelefon inikan pula pulang menjenguk orangtua sendiri. Jadilah Badri ini suami yang adil... adilkah?
Kisah Pertama Azam (bukan nama sebenar), seorang anak lelaki tunggal, dijodohkan atas pilihan ibubapa. Azam sebelum ini memang seorang lelaki yang tidak pandai menjalinkan hubungan istimewa dengan wanita (makna kata bukan seorang pemikat wanita). Setelah meminta petunjuk dari Allah swt. dengan bersolat hajat maka Azam bersetuju dengan pilihan orangtuanya. Setelah berkahwin, Azam dan isterinya yang tidak bekerja tinggal berjauhan dari ibubapa. Bapa Azam adalah bekas kakitangan kerajaan dan berpencen. Boleh dikatakan cukup untuk menampung kehidupan dihari tua. Kedua-duanya suda more...
|
Saya ingin berkongsi cerita in dengan anda semua mengenai sikap segelintir orang Melayu kita atau lebih tepat lagi orang Islam di Malaysia... Kejadian benar ini berlaku di Carrefour Wangsa Maju beberapa hari lepas. Seorang pemuda Islam yang berkerja sebagai 'cashier' di pasaraya tersebut telah menumbuk seorang lelaki cina. Ini berlaku kerana ketika pemuda cina tersebut sedang membayar harga barangan, pemuda Melayu ini telah menegur pemuda Cina ini mengenai gambar baju yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut. Gambar itu ialah seekor babi yang sedang memakai serban di samping seekor anjing yang memakai tudung lambang agama Islam. pemuda Melayu itu bertanya gambar apakah yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut. Dengan rasa bangga dan tidak bersalah, pemuda Cina itu terus menjawab sambil menunjuk ke arah gambar bajunya dengan mengatakan babi yang memakai serban itu ialah Muhammad dan anjing yang memakai tudung itu ialah Khadijah. Mendengar jawapan lelaki tersebut, pemuda Melayu ini dengan tidak disangka2, menumbuk muka si Cina tersebut.\ Huru hara lah suasana di carrefour itu. Kemudian pemuda Cina itu memaki hamun lalu datanglah Manager Carrefour yang juga beragama Islam lalu memecat lelaki Melayu tadi. Apa yang di lakukan oleh Manager Carrefour tadi adalah satu etika yang patut di contohi kerana, menumbuk org sesuka hati memanglah salah...Tapi malangnya, Manager tersebut bukan hanya memecat pemuda Melayu tadi yang sedang mempertahankan akidah agama Islam, tetapi turut memaki hamun pemuda Melayu itu dengan kata2 kesat. Pemuda Melayu ini pulang dengan keadaan hampa. Bukan kerana di pecat, tetapi turut di maki hamun oleh saudara seislam yang di sangkanya akan turut manjaga maruah orang Islam selepas di hina oleh lakeCinatadi. Sekarang ni pemuda Melayu ni sedang menunggu untuk di saman oleh Cina tersebut. Beliau bukan takut malah tidak sabar2 untuk menunggu di saman oleh Cina tersebut kerana beliau ada alasan yang kukuh kerana bertindak demikian. Pengajarannya, sikap pemuda Melayu tadi memang patut di contohi kerana ingin menegakkan agama Islam. Pada anda, berhati2 la..kerana saya percaya, tshirt yang di pakai oleh Cina tadi adalah salah satu strategi orang2 kafir untuk menjatuhkan maruah Islam. Sebarkan kepada saudara2 Islam kita.
Saya ingin berkongsi cerita in dengan anda semua mengenai sikap segelintir orang Melayu kita atau lebih tepat lagi orang Islam di Malaysia... Kejadian benar ini berlaku di Carrefour Wangsa Maju beberapa hari lepas. Seorang pemuda Islam yang berkerja sebagai 'cashier' di pasaraya tersebut telah menumbuk seorang lelaki cina. Ini berlaku kerana ketika pemuda cina tersebut sedang membayar harga barangan, pemuda Melayu ini telah menegur pemuda Cina ini mengenai gambar baju yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut. Gambar itu ialah seekor babi yang sedan more...
|
Musuh-musuh Islam terutama Yahudi tahu rahsia di mana kekuatan umat Islam dan di mana kelemahannya. Mereka usahakan untuk mengambil tahu supaya di mana kekuatan itu yang hendak dilemahkan dan juga supaya kelemahan umat Islam itu terus dilemahkan. Sepatutnya rahsia ini cendikiawan Islam yang faham, tetapi mereka nampaknya sudah tidak faham di mana kekuatan umat Islam dan di mana kelemahan mereka. Oleh kerana cendikiawan Islam sudah tidak tahu lagi rahsia kekuatan dan kelemahan umat Islam, bolehlah kita katakan mereka-mereka yang dikatakan arif dengan ilmu Islam sudah tak boleh jadi pemimpin kepada umat Islam, dengan demikian terdedahlah umat Islam kepada bahaya,kepada musuh Islam terutama Yahudi. Bagaimana orang Yahudi melemahkan umat Islam? Di antaranya sebahagiannya kita sebutkan di sini untuk difaham. Yang pertama : Orang-orang Yahudi menggalakkan maksiat, dengan digalakkan pergaulan bebas di dalam pelbagai saluran,di dalam pendidikan, di dalam kebudayaan, di dalam ekonomi, supaya keturunan umat Islam terdedah kepada penzinaan, supaya keturunan umat Islam rosak. Bila keturunan umat Islam rosak,hidayah Tuhan tidak dapat. Setidak-tidaknya kalau umat Islam sudah asyik berhiburan, mereka akan lalai dengan tanggungjawabnya kepada Tuhan, seperti cuai sembahyang, seperti tidak memikirkan halal dan haram. Keturunan yang lalai itulah akan menikah kahwin melahirkan generasi, sambung menyambung yang akan datang dan melahirkan Generasi yang tidak dipimpin oleh Tuhan,maka akhirnya mereka hidup di dalam kelemahan. Yang Kedua: Begitu juga mereka orang-orang Yahudi mengeluarkan produk-produk makanan dan minuman.Di dalam makanan dan minuman itu dimasukkan unsur-unsur sihir, serta makan minum yang tidak halal supaya jiwa umat Islam yang sudah rosak tak dapat pimpinan Tuhan, hiduplah mereka sebagai haiwan. Kalau mereka hidup macam haiwan,senanglah mereka mengkotak-katikkan umat Islam. Maka sambung menyambung jugalah generasi umat Islam di dalam kelemahan. Yang Ketiga: Begitu juga orang Yahudi merosakkan fikiran umat Islam melalui pendidikan, filem-filem serta bahan-bahan bacaan atau kebudayaan atau melalui ideologi, supaya merosakkan fikiran dan jiwa umat Islam.Kemudian umat Islam itu tak boleh dididik dan disedarkan dan di dalam keadaan itu umat Islam tidak akan kembali kepada Tuhan, dan tidak akan bersatu dan berkasih sayang sesama umat Islam. Kalau mereka berjuang pun tidak mengikut yang dikehendaki oleh Tuhan. Bila mereka berjuang tidak seperti yang dikehendaki oleh Tuhan, bantuan Tuhan tak datang,tinggallah mereka di dalam kelemahan. Di waktu itu orang Yahudi mengkotak-katikkan umat Islam yang di dalam kelemahan. Umat Islam hari ini adalah seperti yang kita gambarkan tetapi mereka yang bertanggujawab dalam Islam masih tidak sedar juga di mana titik tolak umat Islam ini hendak diberi kekuatan. Mereka masih tercari-cari, masih terjebak dengan ideologi dan fikiran sekular tajaan Yahudi. Kalau Tuhan tidak menunjukkan seorang pemimpin untuk memimpin umat Islam,maka di masa yang akan datang umat Islam di seluruh dunia akan lebih lagi malang. Bila umat Islam lalai dengan Tuhan, lahirlah golongan-golongan, yang masing-masing ada watak dan sikap bersendirian. Akibatnya satu golongan dengan satu golongan yang lain tidak dapat disatukan dan di dalam keadaan itu musuh-musuh Islam mengambil peluang. Mereka mengkotak-katikkan umat Islam yang tidak boleh disatukan, maka akhirnya umat Islam termasuk di dalam perangkap musuh. Akhirnya kehinaan pun datang, kehinaan itu berpanjangan dari satu generasi ke satu generasi sambung menyambung.Walaupun ramai umat Islam di dalam kelemahan macam buih-buih di lautan,watak setiap golongan itu seperti berikut yang akan diceritakan. Di antaranya: Kalau dia orang politik,jatuh menjatuhkan di antara mereka, fikirannya, kuasa dan jawatan. Mudah untuk mendapat musuh, tetapi mudah juga untuk mendapat kawan. Mudah untuk musuh jadi kawan, dan begitu juga sebaliknya amat mudah kawan menjadi musuh. Keadaan itu jadi budaya di dalam kehidupan. Kalau golongan ekonomi fikirannya mencari keuntungan dan kekayaan, sekalipun orang lain mendapat kesusahan dan penindasan asalkan apa yang penting dapat diperolehi iaitu wang dan kekayaan. Kalau golongan pendidikan berbangga dengan ilmu pula, dengan ilmunya untuk mendapat jawatan supaya hidup lumayan. Kemudian megah pun datang dan hidup nafsi-nafsi menjadi budaya, masing-masing hidup cara sendiri. Kalau golongan artis dan budayawan kerana mencari makan membuatlah filem-filem walaupun hasil dari filem-filem itu hanya merosakan orang ramai. Yang penting ialah mereka menjadi popular dan dapat glamour, dapat duit senang makan. Senang dapat rumah besar dan kenderaan mewah, walaupun kegiatan mereka itu merosakkan sehingga akhlak orang ramai bercanggah dengan syariat Islam. Kalau golongan buruh pula mereka asyik fikirkan kenaikan gaji.Kalau menuntut dengan majikan mereka sanggup demonstrasi kerana kenaikan gaji, tidak fikir zaman inflasi. Yang penting majikan naikkan gaji. Kalau orang-orang agama pula mereka asyik sibuk dengan motivasi dan dakwah, bukan kerana Allah tetapi hendak hidup mewah. Orang biasa menyangka mereka berjuang untuk fisabilillah, tetapi yang sebenarnya mereka berjuang untuk hidup mewah. Begitu jugalah golongan-golongan lain yang kita tidak sebutkan, mereka masing-masing ada watak dan gaya hidup yang bersendirian. Kita boleh carilah sendiri tidak payahlah diberitahu disini, kita akan tahu sendiri. Begitulah umat Islam sudah tak fikirkan Tuhan,watak dan sikap tidak boleh disatukan. Masing-masing golongan ada watak dan hidupnya yang tersendiri. Itulah yang berlaku kepada umat Islam di hari ini dan hendak dibetulkan semula semua ini kita memerlukan seorang pemimpin yang ada wibawa,yang boleh menyatukan semua golongan itu. Kita berdoalah agar Tuhan cepat tunjukkan seorang pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan, untuk memimpin umat Islam dan mendapat bantuan Tuhan untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku di kalangan umat Islam, supaya kehinaan itu tidak berpanjangan.
Musuh-musuh Islam terutama Yahudi tahu rahsia di mana kekuatan umat Islam dan di mana kelemahannya. Mereka usahakan untuk mengambil tahu supaya di mana kekuatan itu yang hendak dilemahkan dan juga supaya kelemahan umat Islam itu terus dilemahkan. Sepatutnya rahsia ini cendikiawan Islam yang faham, tetapi mereka nampaknya sudah tidak faham di mana kekuatan umat Islam dan di mana kelemahan mereka. Oleh kerana cendikiawan Islam sudah tidak tahu lagi rahsia kekuatan dan kelemahan umat Islam, bolehlah kita katakan mereka-mereka yang dikatakan arif dengan ilmu Islam sudah tak boleh jad more...
|
Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur. Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda. Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!" Rasulullah S.A.W berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!" Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah S.A.W bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu." Maka bersabda Rasulullah S.A.W : "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk emmandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan. Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut." Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika merea memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh." Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat." Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya." Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."
Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur. Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam more...
|
|
|